Wira Merah

| DUIT Will Make Your Handsome

Tukar Link Perlu Atau Tidak Untuk SEO

Salam Sejahtera,

Hari ini kurang sihat sikit. Kena attact cirit-birit. Ni alasan Cikgu Shaari. Hari ini kuatkan semangat untuk kemaskini blog.Dalam dunia blogging kekalkan semangat untuk menulis adalah merupakan satu cabaran.

Hari ini aku ingin memohon pendapat rakan-rakan berkaitan dengan tukar link atau link exchange. Sebelum itu aku ingin menjelaskan pendapat dan pandangan aku berkaitan dengan tukar link ini.

Link Exchange via Google Image

Link Exchange via Google Image

Tukar link ini sememangnya adalah merupakan satu teknik untuk membina backlink blog. Terutamanya blog baru seperti blog ini.

Setakat ini, aku memang belum lagi membina backlink menggunakan teknik tukar link ini.

Ada beberapa sebab kenapa aku tidak menggunakan teknik ini untuk membina backlinks.

Antaranya ialah aku malas untuk menghubungi pemilik blog lain untuk meminta mereka memasukkan link blog aku. Dan aku rasa cara ini kurang berkesan.

Ini kerana aku terpaksa menghubungi banyak blogger. Berapa banyak yang perlu aku hubungi dan berapa lama masa yang perlu aku ambil untuk menunggu jawapan mereka. Aku lebih suka memberi komen dan tinggalkan link blog. Aku rasa ini lebih mesra.

Tukar Link Perlu Atau Tidak via Google Image

Tukar Link Perlu Atau Tidak via Google Image

Kedua kerana aku dapati kebanyakkan blogger otai yang blog mereka sempat aku singgah tidak menyediakan ruangan untuk pertukaran link. Bila sudah tiada macam mana hendak meminta mereka meletakkan link blog kita di blog mereka.

Aku tahu mereka ada alasan sendiri untuk tidak menyediakan ruang tukar link. Sebab ini juga aku tidak menyediakan ruangan untuk tukar link.

Contest SEO Eridy

Seterusnya, apa yang aku baca dari blog lain. Backlink dari tukar link kurang berkualiti. Tidak pasti sama ada pernyataan ini betul atau tidak. Ini kerana backlink yang di bina melalui tukar link adalah merupakan backlink dua hala.

Backlink yang berkualiti ialah baclink satu hala atau ‘one way backlink’. Mungkin ini antara sebab kenapa banyak blogger tidak menyediakan ruangan untuk tukar link di blog mereka.

Mengawal link keluar ( outbound link ). Jika blog kita terlalu banyak link keluar. Ini akan menyebabkan ranking blog kita menurun. Sebab itu link keluar harus di kawal jumlahnya.

Dan sekiranya kita menyediakan tukaran link di blog. Berkemungkinan link keluar dari blog kita akan bertambah banyak.

Kesimpulan.

Tukar link perlu atau tidak untuk SEO. Apa pendapat anda. Jika ada blogger otai atau blogger lama tidak mahu membuat pertukaran link dengan blog anda. Jangan marahkan mereka. Terutama untuk blogger baru seperti aku.

Ini kerana setiap apa yang mereka buat ada sebab mereka sendiri. Jangan pula katakan mereka kedekut, sombong atau apa-apa gelaran yang tidak patut.

Ada banyak cara lagi untuk membuat backlink. Tukar link mungkin salah satu cara sahaja. Blog anda hak anda. Terpulang kepada anda sendiri untuk menentukan cara membangunkan backlink blog anda.

Apa pendapat anda. Jika cara ini baik, mungkin aku akan bertukar fikiran dan mencari mana-mana blog yang ada membuat tukaran link.

15 Comments

Add a Comment
  1. Backlink sememangnya penting untuk SEO sesuatu blog.. Dengan meninggalkan komen di blog yang mempnyai PR yang tinggi pun agak berkesan berbanding kita meletakkan blog mereka di sidebar ataupun di bloglist..

    Dan keistimewaan meninggalkan komen di blog yang mempunyai commentluv ini adalah komennya bersifat win-win situation di mana kedua2 blog mendapat faedah..

    ini saja pendapat saya yang saya juga masih newbie dalam blogging..
    ENTRI Irwan Alessa ☛ Kita sering di ujiMy Profile

    1. Backlink tu mmg penting utk SEO. tapi tak semua backlink yg kita tinggalkan kat ruangan komen di kira sbg backlink.
      ENTRI Arman ☛ Tukar Link Perlu Atau Tidak Untuk SEOMy Profile

  2. Exchange link ni memang bagus. Tapi kesan buruknya pun ada. Memang betul la rank kita susah nak naik. Saya terasa macam tu sebab memang letak berpuluh2 link exchange siap buat satu page lagi. Lepas tu rank dari 3 jatuh ke 1 sampai sekarang. Sedangkan link exchange bertujuan memudahkan kita utk blogwalking. Bila macam tu rasa cam nak remove je semua.
    ENTRI Amran ☛ KonohaMy Profile

    1. Dulu banyak yg buat exchange link ni. Tapi sekarang kurang aku tengok aktiviti exchange link ni…
      ENTRI Arman ☛ Tukar Link Perlu Atau Tidak Untuk SEOMy Profile

  3. kena bijak nak main benda ni. hehe
    ENTRI ohcikgu ☛ Cuti Sekolah memang best, kan?My Profile

    1. Tips bagus ni. Perlu diperjelaskan lagi tak bro. bagi clue apa yang patut he..he..he..

  4. dulu-dulu pertukaran link adalah cara terbaik untuk mendapat backlink..sekarang bukan terbaik atas alasan telah admin ceritakan dalam entri di atas..
    ENTRI kakiblog ☛ Penyusunan Semula Entri BlogMy Profile

    1. Ni yg buat aku berfikir 2 kali nak buat ruangan tukar link..last2 aku cancel je niat tu…
      ENTRI Arman ☛ Tukar Link Perlu Atau Tidak Untuk SEOMy Profile

  5. biasanya blog pr tinggi nak ke tukar link dgn blog pr rendah? hoho
    ENTRI encikarman ☛ Big Bad Wolf – sempat juga aku pegiMy Profile

    1. Biasa blog baru yg minta tukar link bro..kalau dah pr tinggi mereka mmg tak minta dgn blog PR rendah..
      ENTRI Arman ☛ Tukar Link Perlu Atau Tidak Untuk SEOMy Profile

  6. Jom exchange Blog Link
    ENTRI MrJocko ☛ P1 Wimax Penipu, Servis Teruk?My Profile

    1. Boleh bro…tapi link dalam entri..
      ENTRI Arman ☛ Tukar Link Perlu Atau Tidak Untuk SEOMy Profile

  7. Kalau nak buat pertukaran link, sebaiknya jangan yang dua hala spt A –> B dan B –> A. Kalau tuanpunya blog B ada satu lagi blog (C), maka buatlah link C –> A sebagai balasan.

  8. Pertukaran link..ramai yg tidak suka, jika link itu tidak diupdate boleh mengakibatkan broken link.
    ENTRI Kamil Salleh ☛ Contest Seo EridyMy Profile

  9. kalau tukar link saya kondisional mas, kalau ada yang minat tukeranm link dengan blog saya, saya pun tak nolak
    ENTRI Rizkyzone.com ☛ Ulasan Blog Siraplimau.comMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Copyright 2017 Wiramerah.com - All Rights Reserved Frontier Theme